Monday, 13 April 2026

SEMARAK KAMPUS MADANI DI UniSZA: PERASMIAN SURAU AL-ABIDIN, RUANG IBADAH LEBIH SELESA DI UniSZA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencatat satu lagi detik bersejarah apabila Surau Al-Abidin, kemudahan ibadah baharu di kampus, telah dirasmikan dengan penuh simbolik oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

 
Pembinaan surau ini mencerminkan komitmen UniSZA dalam memperkukuh aspek kerohanian warga kampus.
 
Direka dengan kapasiti yang lebih besar dan suasana yang selesa, Surau Al-Abidin bukan sekadar ruang solat malah ia bakal menjadi pusat pengembangan nilai murni dan aktiviti kerohanian yang menyatukan mahasiswa serta staf dalam semangat ukhuwah dan ketakwaan.
 
 
Majlis perasmian yang penuh bermakna ini turut disaksikan oleh barisan Pengurusan Tertinggi UniSZA, staf, dan mahasiswa, yang hadir bersama-sama meraikan penambahan kemudahan yang pastinya membawa limpahan manfaat kepada seluruh komuniti kampus.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2026 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara