SEMARAK KAMPUS MADANI DI UniSZA: MENTERI PENDIDIKAN TINGGI RASMIKAN DAPUR UNISISWA DEMI KEBAJIKAN MAHASISWA
Kuala Nerus – Program Semarak Kampus MADANI yang berlangsung semalam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diserikan dengan kehadiran YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, dalam satu acara yang penuh bermakna buat seluruh warga kampus.


Permulaan program itu, Menteri Pendidikan Tinggi telah merasmikan Dapur UniSISWA UniSZA, iaitu satu inisiatif prihatin yang mencerminkan komitmen universiti dalam memastikan tiada mahasiswa terpinggir akibat kekangan kewangan.
Kemudahan ini menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang memerlukan sebagai simbol nyata semangat #KampusPrihatin dan keutuhan prinsip Malaysia MADANI.

Seusai perasmian, Datuk Seri Dr. Zambry turut meluangkan masa bersama mahasiswa dan staf, menikmati juadah yang disediakan sambil beramah mesra dalam suasana santai dan penuh harmoni.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi UniSZA yang sentiasa proaktif dan berdedikasi dalam usaha menjayakan inisiatif kebajikan pelajar serta memperkukuh kesejahteraan kampus.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah serta pengurusan tertinggi KPT.

