Sesi Suai Tugas Ahli Lembaga Pengarah UniSZA Baharu
Kuala Nerus, 27 Julai – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini mengadakan Sesi Suai Tugas (Onboarding) bagi dua Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang baharu bertempat di Kampus Gong Badak.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan tadbir urus universiti sebelum diteruskan dengan penyerahan surat pelantikan yang disempurnakan oleh Naib Canselor, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam.

Dua ahli yang menerima pelantikan berkuat kuasa mulai 16 Julai 2025 ialah YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham yang dilantik mewakili komposisi Masyarakat, serta YBhg. Dato’ Prof. Dr. Nor Aeini binti Haji Mokhtar mewakili komposisi Berpengetahuan dan Berpengalaman.

Turut hadir, barisan Pengurusan Tertinggi Universiti yang menyambut baik penyertaan kedua-dua tokoh berpengalaman ini ke dalam saf kepimpinan UniSZA.
Pelantikan ini dijangka akan memperkukuh struktur tadbir urus universiti serta menyokong agenda strategik ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi.

