Thursday, 10 July 2025

Majlis Perasmian Penutup Festival Halal UniSZA 2025 Melabuhkan Tirai dengan Penuh Meriah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA NERUS, 17 Jun – Majlis penutup Festival Halal UniSZA 2025 berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Masjid UniSZA, menghimpunkan warga universiti, alumni serta komuniti setempat dalam suasana harmoni dan ilmiah.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Pengurusan Tertinggi, Ketua Pusat Tanggungjawab serta pegawai UniSZA.
Majlis dimulakan dengan forum yang menampilkan alumni UniSZA iaitu Punten King dan Nasi Ayam Pak Awi yang berkongsi pengalaman keusahawanan dalam bidang e-Marketing.
Turut memeriahkan suasana ialah persembahan nasyid yang mengisi malam dengan hiburan berunsur dakwah, selain sesi penyampaian cenderamata kepada para jemputan dan penyumbang festival.
Dalam ucapan perasmian penutup, Naib Canselor UniSZA menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menekankan kepentingan pemerkasaan agenda halal dalam pendidikan dan kehidupan seharian.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, jamuan makan dan ramah mesra yang mengukuhkan lagi ukhuwah antara semua yang hadir. Festival ini diharap dapat diteruskan sebagai platform tahunan bagi menyemarakkan kefahaman halal dalam kalangan warga kampus dan masyarakat.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2025 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara