Thursday, 10 July 2025

INSPIRE anjur Wacana Perdana Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin 2025

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kuala Nerus - Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Wacana Perdana Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin (KSMZA) di Dewan Kuliah Utama, UniSZA Kampus Gong Badak.
Wacana Perdana KSMZA merupakan program tahunan yang diuruskan oleh INSPIRE sebagai medium penyampaian ilmu melalui pengalaman dan kepakaran Penyandang KSMZA dan pakar bidang.
Pada program kali ini, Penyandang Ketiga KSMZA, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali telah menyampaikan syarahan bertajuk “Sultan Zainal Abidin ibni Sultan Ahmad , 1881-1918 : Raja, Reformis dan Patriot Sebuah Kerajaan Melayu. Sesi kedua diteruskan lagi dengan penyampaian oleh Prof. Madya Dr. Azmi Arifin, Profesor Madya di Bahagian Sejarah di Pusat Pengajian Ilmu dan Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepimpinan, perjuangan, dan kemerdekaan: Sejarah Kesultanan Terengganu sebagai satu model naratif peribumi”.
Intipati syarahan adalah berkisar tentang sejarah kesultanan negeri Terengganu dan era kegemilangan pemerintahan dan perjuangan mempertahankan kerajaan Terengganu yang bermula dari abad ke 17 sehingga sekarang.
Majlis syarahan perdana pada hari ini adalah acara tahunan untuk KSMZA dan penubuhan kursi ini telah mencapai usia 10 tahun, semenjak diluluskan pada 15 Oktober 2015.
Penganjuran syarahan ini merupakan sebahagian dari usaha memartabatkan keilmuan, perbincangan terfokus, pemacuan kemajuan peradaban, khususnya untuk Negeri Terengganu Darul Iman.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Zuhairah Ariff Abd Ghadas, Pengurusan Tertinggi, Ketua Tanggungjawab serta agensi luar yang mempunyai hubungan dengan INSPIRE iaitu Pejabat Kerajaan Negeri Terengganu, R-TIHilS, Arkib Negara Cawangan Terengganu dan Perpustakaan Negara Malaysia dan Persatuan Sejarah Negeri Terengganu.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2025 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara