Skuad Ihsan Madani UniSZA mulakan Misi Bantuan Banjir
Kuala Nerus – Skuad Ihsan Madani Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi Misi Bantuan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2024 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) – UniSZA telah berlepas ke Kelantan bagi memulakan misi bantuan pasca banjir di sana.
Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam berkata, skuad yang terdiri darripada 30 orang pelajar dan 15 orang staf UniSZA itu bergerak ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semalam untuk pelarasan dan pembahagian kawasan bagi kerja- kerja pembersihan dan penyampaian sumbangan kepada mangsa yang terkesan banjir.
“Skuad Ihsan Madani UniSZA ini akan berada di Kelantan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Disember bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di kawasan yang telah ditugaskan”
“Kita juga turut membawa aset milik UniSZA iaitu Emergency Response Team (ERT) bagi menyedut air sungai untuk kerja-kerja pembersihan kerana bekalan air dan elektrik telah terputus” katanya ketika ditemui.
Selain itu, UniSZA turut menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir seperti beras, minyak, gula, dan tepung.
Katanya lagi, selain kelantan, misi bantuan akan dipanjangkan kepada semua kawasan banjir yang terjejas di seluruh Malaysia serta UniSZA bersedia menggerakkannya ke kawasan lain sekiranya diperlukan"
UniSZA berharap dengan usaha berkenaan dapat memberi kelegaan kepada mangsa banjir dan seluruh warga UniSZA juga mendoakan agar mangsa diberikan kekuatan menghadapi dugaan," katanya,