Monday, 11 November 2024

Walk With Me dekatkan mahasiswa UniSZA bersama OKU

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus - Kesedaran akan wujudnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat seharusnya dipupuk sejak kecil lagi agar golongan tersebut tidak dipinggirkan dalam masyarakat.

Justeru itu, seramai 100 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyertai Program Walk With Me yang melibatkan 100 OKU dari Persatuan Kebajikan Anak Permata Syurga Terengganu, Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kuala Nerus dan Kelab Siswa Istimewa (KSI).

Program selama satu hari itu berlangsung di UniSZA Kamus Gong Badak dan turut disertai oleh 200 ibu bapa kepada peserta OKU tersebut.

Dekan Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Prof. Madya Dr. Nazli Ismail, berkata kelainan Walk With Me adalah setiap peserta OKU akan berjalan bersama mahasiswa UniSZA secara berpasangan bagi membuktikan mereka boleh melakukan aktiviti seperti orang lain tetap dengan bantuan.

“Kita beri peluang kepada pelajar UniSZA untuk melakukan larian bersama-sama golongan OKU dari awak garisan permulaan sehingga penamat”

“Ini sekaligus dapat mendekatkan mahasiswa dengan golongan OKU, selain memberi kesedaran dan rasa empati dalam diri mahasiswa akan cabaran dan halangan yang dihadapi oleh golongan rentan ini” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, program itu turut mengumpul dana untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan bagi menjamin kebajikan golongon OKU terjaga.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Terengganu (POKUAT), Fakhruddin Zakaria, berkata program ini sangat baik, dan saya sangat terharu melihat mahasiswa, pengurusan tertinggi, pensyarah dan pegawai UniSZA turun untuk menyantuni golongan OKU, sekaligus dapat merapatkan jurang di antara golongan OKU dan mahasiswa memahami cabaran dan cara bergaul dengan golongan ini.

“Ini juga boleh menjadi sebahagian kempen kesedaran bahawa golongan OKU perlu disantuni, dan di bawa bersama sama ke tengah masyarakat. Golongan OKU sangat gembira apabila UniSZA membuka pintu kepada kami melalui program sukan sebegini, maka dapat kami menghiburkan hati, beramah mesra antara satu sama lain, serta mengisi kesunyian kami.

“Semoga banyak lagi program bersama OKU dapat diatur pihak UniSZA bukan sahaja berbentuk sukan, malah kursus kursus kemahiran, kursus bahasa, asas perniagaan bagi meningkatkan lagi kehidupan kami”, katanya.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara