Tuesday, 12 November 2024

2,192 pelajar baharu daftar di UniSZA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima kemasukan 2,192 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2024/2025, hari ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, berkata semua pelajar baharu itu akan mengikuti pengajian masing-masing dalam 42 program pengajian Ijazah Sarjana Muda di sebelas fakulti.

"Pelajar baharu ini akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini”

“Seluruh warga kerja UniSZA sudah membuat persiapan rapi bagi melancarkan urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu," katanya ketika ditemui beramah mesra bersama pelajar dan ibu bapa pada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2024/2025di Perkarangan Foyer Asrama.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Pendaftar, Encik Muzafar Mohd Din, Bendahari, Encik Suhaili Mohd dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany

Beliau turut menzahirkan perasaan bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menyambung pengajian serta menjadi sebahagian warga UniSZA.

“Saya berharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan segala peluang pembelajaran dan kemudahan yang ada tiga kampus UniSZA ini” katanya ketika ditemui.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara