Monday, 11 November 2024

Pelajar asnaf mualaf UniSZA terima biasiswa wakaf

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyalurkan biasiswa wakaf dan bantuan awal pengajian kepada tiga pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA Sesi Kemasukan 2024/2025, hari ini.

 

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Fadzli Adam, berkata pemberian skim Biasiswa Wakaf UniSZA itu menggunakan sumber wakalah zakat daripada institusi dan orang ramai.

“Ini merupakan salah satu jaminan sosial untuk memberi galakan dan sokongan kepada mereka untuk terus berpegang teguh dengan agama Islam.

“Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar tertakluk kepada hasil siasatan terperinci”, katanya pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA Sesi Kemasukan 2024/2025, di Kampus Gong Badak .

Pada majlis itu, Naib Canselor telah menyampaikan biasiswa wakaf kepada pelajar asnaf mualaf UniSZA, Noor Firdaws Barakth Arunachalam Lakshmanan yang juga pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Undang-undang

Terdahulu pelajar sedia ada UniSZA yang baharu memeluk agama Islam, Aaron Lim Teck Ming, pelajar Ijazah Bahasa Inggeris dengan komunikasi juga menerima bantuan penuh pengajian dan sara hidup.  

 

Prof. Dato’ Dr. Fadzli, berkata pelajar berstatus asnaf mualaf ditanggung sepenuhnya yuran pengajian, yuran asrama dan elaun sara hidup dengan menggunakan sumber zakat berjumlah RM 36,000.00.

Sementara itu, seorang lagi pelajar baharu, Khairun  Nisa Ahmad FauziSarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan Dengan Kepujian,, berkata beliau amat bersyukur apabila menerima bantuan awal pengajian dan sara hidup berjumlah RM 3,930.00.

“Dengan adanya bantuan ini ia dapat meringankan beban ibu saya bagi menanggung kos pengajian dan pembelajaran saya sepanjang di UniSZA,” katanya yang juga pelajar

Bagi orang ramai yang ingin menyumbang kepada pelajar lain boleh terus menyumbang melalui portal https://infaq.unisza.edu.my/.

Penyumbang derma akan mendapat rebat cukai pendapatan di bawah subsekeyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan penyumbang wakaf akan mendapat rebat cukai di Subseksyen 44 11 (D) Wakaf.  

Semua sumbangan akan diagihkan melalui Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat UniSZA (JAWAZ) 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara