Atlet SUKUM UniSZA Terima Insentif
Kuala Nerus – Seramai 46 atlet dari kontijen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima insentif keseluruhan berjumlah RM 5,200 atas pencapaian di temasya Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) yang berlangsung pada minggu lepas.
Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam berkata, insentif itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen UniSZA yang berjaya meraih tempat ke 11 dengan kutipan enam pingat emas, tiga perak dan lapan gangsa
"Kita harapkan pemberian insentif seperti ini dapat menyuntik semangat dan memberikan motivasi kepada atlet dan kerajaan negeri akan berusaha untuk menambah nilai ganjaran bagi membangkitkan semangat mereka pada temasya SUKUM yang akan dating”
“Pencapaian cemerlang yang telah ditempa ini membuktikan bahawa UniSZA mampu melahirkan atlet-atlet yang berkualiti dan berdaya saing seiring dengan Universiti Awam yang lain yang lebih lama bertapak di Malaysia,” katanya pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan di Stadium UniSZA, hari ini.
Beliau berkata, pasukan bola tampar menjadi penerima insentif berpasukan tertinggi dengan jumlah RM1000 apabila meraih satu pingat emas
Katanya, atlet olahraga balapan, Hanisah Abdullah, yang meraih tiga pingat emas pula menjadi penerima insentif individu tertinggi sebanyak RM900.
"Bekas atlet lontar peluru kebangsaan yang juga pemegang rekod kebanggsan iaitu Adi Aliffudin Hussin turut menyumbangkan pingat emasa kepada UniSZA dalam acara berkenaan”, katanya.
Katanya lagi, kejohanan SUKUM edisi ke 46 adalah merupakan UniSZA sebagai tuan rumah dan segala persiapan awal akan dilakukan bermula sekarang
“Persiapan awal penganjuran perlu dibuat yang meliputi aspek teknikal, kemudahan dan pengurusan acara serta paling penting sekali adalah persediaan UniSZA bagi memilih atlet untuk SUKUM 46”, katanya ketika ditemui.