Monday, 29 April 2024

UniSZA LAKSANA PEMBELAJARAN MAYA CELCOMDIGI METAVERSITY

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
“Reimagine The Future of Education with Immersive Learning Experience” Metaversity CelcomDigi - Petaling Jaya Selangor, 22 Mac 2024
 
 
CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi melaksanakan kaedah pembelajaran maya, CelcomDigi Metaversity di 10 universiti tempatan dan UniSZA merupakan antara salah satu universiti yang terlibat.
 
UniSZA telah menghasilkan aplikasi pembelajaran digital prosedur pembedahan menggunakan teknologi realiti lanjutan (XR) dan kecerdasan buatan (AI) untuk perasmian Program CelcomDigi Metaversity. Penggunaan teknologi ini dapat memudahkan pelajar perubatan untuk memahami kaedah pembedahan secara maya. Aplikasi ini dibangunkan oleh Muhammad Nur Aiman Doktah @ Mokhtar, Minhah Mardhiyyah Saifulizam dan Ts. Dr. Ismahafezi Ismail dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) menggunakan perisian Virnect dan perkakasan Hololens 2.0.
 
 
CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi melaksanakan kaedah pembelajaran maya, CelcomDigi Metaversity di 10 universiti tempatan dan UniSZA merupakan antara universiti terawal yang menyediakan kandungan maya bagi proses pembelajaran. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, inisiatif itu satu kejayaan mengagumkan buat CelcomDigi dalam menerajui inisiatif ke arah penyelesaian dalam memberi inspirasi kepada pelajar di Malaysia. Terima kasih kepada CelcomDigi dan Kementerian Pendidikan Tinggi atas platform yang disediakan.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara