Monday, 29 April 2024

Pelajar UniSZA masak 1,200 pek juadah Iftar sepanjang Ramadan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus - Sebagai inisiatif untuk terus memberikan manfaat kepada pelajar dan staf, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) turut mengambil pendekatan melaksanakan aktiviti gotong-royong memasak bagi penyediaan juadah berbuka puasa secara percuma buat pelajar staf dan juga komuniti luar.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam berkata, dianjurkan sepanjang Ramadan, program ini dilihat berjaya dan seiring dengan objektif untuk mengimarahkan Ramadan yang istimewa buat semua warga pelajar dan kakitangan UniSZA.

"Pada masa sama dapat meneguhkan sikap bekerjasama dan kerja berpasukan yang lebih mantap antara satu sama lain dalam menjayakan program ini secara konsisten," katanya.

Dr. Fadzli Adam berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan juadah makanan secara percuma bukan sahaja kepada pelajar dan staf UniSZA, malah juga kepada komuniti di sekitar kampus.

“Setiap hari, pelajar akan menyediakan sebanyak 1200 pek juadah Iftar untuk diagihkan  kepada pelajar di kampus Gong Badak”

“Juadah iftar ini kita turut agihkan secara berbungkus kepada pelajar di Kampus Besut, Kampus Perubatan, Petugas Keselamatan, Pelajar Tadarus, Petugas Hospital Pengajar UniSZA, Komuniti Luar di sekitar kampus” katanya.

Menurutnya, program itu membabitkan lebih 50 sukarelawan pelajar setiap hari yang akan bergotong royong memasak seawal jam 11 pagi sehingga selesai semuanya jam lapan malam.

Mengulas lanjut mengenai proses penyediaan dan hidangan juadah, Dr Fadzli Adam berkata, program itu dimulakan dengan aktiviti memproses dan menyediakan bahan mentah sebelum acara memasak yang diadakan secara gotong-royong.

"Penyediaan juadah berbuka puasa ini dibiayai dana hasil sumbangan dan kutipan dalam kalangan kakitangan UniSZA dan pelbagai lapisan masyarakat dengan membabitkan kos sebanyak RM 216,000” katanya ketika ditemui.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara