Monday, 15 April 2024

LAWATAN KERJA NAIB CANSELOR UniSZA KE TIMUR TENGAH

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
1. Human Capabilty Forum (HCI) : Kesediaan Masa Hadapan
 
Riyadh | 28 Februari 2024 - Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam bersama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah menghadiri Human Capability Initiative (HCI) Forum. Menteri Pendidikan Tinggi telah dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai salah seorang panelis bagi sesi sorotan pendidikan dengan tema sistem pendidikan kebangsaan : tenaga kerja berdaya tahan masa had.
 
 

2. Mesyuarat Dua Hala Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Menteri Pendidikan Bahrain: Peluang Kerjasama Pendidikan Antarabangsa

Riyadh | 28 Februari 2024 - Naib Canselor, Prof. Dr. Dato' Dr. Fadzli bin Adam turut bersama dalam mesyuarat dua hala diantara Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dengan Menteri Pendidikan Bahrain TYT Dr. Mohammed Mubarak Juma sejurus selepas majlis perasmian Forum Human Capability Initiative (HCI). Mesyuarat telah membuka lembaran baru dalam aspek ruang kerjasama pendidikan kedua-dua buah negara dimana persetujuan dicapai bagi memeterai perjanjian persefahaman melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Bahrain yang merangkumi pertukaran dan penghantaran pelajar antara kedua-duanegara. Bahrain terkenal dengan kursus sistem perbankan dan kursus pematuhan syariah yang ditawarkan kepada pelajar Malaysia.

3. Mesyuarat Dua Hala Menteri Pengajian Tinggi – Menteri Perdagangan Saudi

Riyadh | 28 Februari 2024 - Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Dato' Dr. Fadzli bin Adam turut bersama dalam mesyuarat dua hala diantara Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dengan TYT Dr. Majid bin Abdullah Al-Kassabi, Menteri Perdagangan Saudi di National Competitiveness Center (NCC). Antara perbincangan kerjasama yang bakal diadakan adalah latihan secara dalam talian berkenaan dengan pengurusan haji yang ditadbirurus oleh Kerajaan Saudi, bidang perdagangan dalam bentuk latihan dan penyelidikan dengan bidang pendidikan dan pengurusan lapangan terbang dengan lebih sistematik dan tersusun.

 

4. Majlis Makan Malam Sempena Forum Human Capability Initiative (HCI) 2024

Riyadh | 28 September 2024 - Turut diadakan sempena Forum Human Capability Initiative (HCI) 2024, majlis makan malam meraikan delegasi di Istana Salwa, Diriyah. Para delegasi mengambil peluang berinteraksi dan membuka ruang kerjasama antara negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Istana Salwa didirikan pada masa pemerintahan Imam Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud, pemerintah kedua Kerajaan Arab Saudi, dan istana tersebut terletak di kawasan kejiranan Al-Turaif di kota Diriyah. Istana ini dianggap sebagai salah satu tapak pelancongan penting di Diriyah, kerana gaya seni bina dan landskap sekitarnya.

 

5. Lawatan Akademik UniSZA ke Ibn Haldun University: Pengantarabangsaan UniSZA

Istanbul | 1 Mac 2024 - Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam telah mengadakan lawatan akademik dalam rangka kerja pengukuhan kerjasama dengan institusi di negara Turkiye. Memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani melibatkan kerjasama dalam bidang akademik, kajian ilmiah, mobiliti staf dan pelajar serta penyelidikan dan penerbitan secara bersama.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara