Monday, 29 April 2024

UniSZA berjaya kumpul 3000 kg barangan kitar semula

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus –Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengumpul sebanyak 3,000 kilogram bahan penerbitan yang terpakai sempena Projek Pengumpulan Bahan Penerbitan (Terpakai/Usang).

Pengarah Kampus Besut, Prof Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman berkata, projek selama 10 hari yang bermula pada 18 hingga 27 Februari itu telah berjaya mengumpul sebanyak 3000 kg bahan penerbitan yang terpakai dan using seperti kertas, surat khabar lama, buku, majalah dan novel.

“Alhamdulillah, sambutan luar jangkaan mencecah 3000 kg ini hasil sumbangan daripada 91 orang penyumbang dalam kalangan warga UniSZA dan komuniti dari seluruh pelosok negeri Terengganu”

“Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya membudayakan nilai kelestarian alam sekitar dalam memastikan kelestarian sejagat, meningkatkan kerjasama dengan agensi luar dan komuniti setempat serta memberi kesedaran untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian”, katanya pada majlis penyerahan Projek Pengumpulan Bahan Penerbitan (Terpakai/Usang) di UniSZA Kampus Gong Badak.

Katanya lagi, dengan aktiviti yang dijalankan ini, diharap akan dapat menyuntik semangat orang ramai untuk mengitar semula semua bahan-bahan terpakai demi ke arah pembangunan lestari dan mengamalkan gaya hidup hijau ke arah menjadi komuniti bebas sampah.

“Kita juga akan terus berusaha mendidik dan memperkasakan warga UniSZA untuk turut serta ke arah kelestarian kampus sejajar dengan agenda Pelan Strategik Universiti (PSU 2023-2030)”, katanya ketika ditemui.

Nordin berkata, projek anjuran Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) (Kluster Pengurusan Sisa) dengan kerjasama RD Papers Sdn Bhd itu trut mendapat sumbangan daripada Syarikat Technorad Sdn. Bhd, Syarikat O&E Technologies Sdn. Bhd, dan Syarikat Permula Sdn. Bhd.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara