Monday, 29 April 2024

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UniSZA SERU WARGA UniSZA WARISI KEPIMPINAN YANG CEMERLANG

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kuala Nerus | 18 Februari 2024 - Majlis Aspirasi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tahun 2024 ini telah diadakan pada 18 Februari 2024 (Ahad) bertempat di Dewan Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Pengajar UniSZA.
 
 
Program yang diadakan ini merupakan salah satu platform perkongsian aspirasi daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh kepada warga UniSZA secara amnya.
 
 
Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor), YBrs. Prof. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah (Ahli Lembaga Pengarah), YBhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad (Ahli Lembaga Pengarah) dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee​ (Ahli Lembaga Pengarah ).
 
Antara pengisian yang telah disampaikan semasa program ini adalah aspirasi yang telah memberi gambaran keseluruhan berkenaan strategi menghadapi tentangan VUCA (“Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity”). Antara strategi yang turut dikongsi bersama dalam ucapan Pengerusi LPU adalah Adaptasi dan Fleksibel, Komunikasi yang Efektif, Kepimpinan yang Teguh, Pengelolaan Risiko dan Pengembangan Keterampilan.
 
Dalam pada masa yang sama juga, Pengerusi LPU turut berkongsi penjajaran kepada Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia 2023-2025 kepada semua hadirin bagi mencapai visi dan misi universiti. Penekanan bahawa cabaran dan peluang sedia ada serta yang mendatang memerlukan keupayaan optima, kepekaan serta ketangkasan warga dan universiti. Oleh itu, segala perkongsian daripada YBhg. Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh dalam Majlis Aspirasi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tahun 2024 diharapkan dapat diterapkan dalam perkhidmatan dan pentadbiran di UniSZA.
 
 
Turut hadir ke program tersebut ialah Pengurusan Tertinggi Universiti, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab dan staf-staf UniSZA.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara