Sunday, 28 April 2024

UniSZA DAN INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE (IIC) JALIN KERJASAMA STRATEGIK MELALUI PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
15 Februari 2024 | Kuala Lumpur - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama International Islamic College (IIC) iaitu sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia yang berfungsi sebagai anak syarikat kepada International Islamic University Malaysia (IIUM) bertempat di International Islamic College (IIC), Kuala Lumpur.
 
 
Jalinan MoU antara UniSZA dan IIC bakal berfokus ke arah penawaran program akademik secara pesisir dan francais. Setelah beberapa siri perbincangan antara UniSZA dan IIC, penawaran program yang telah dipersetujui adalah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam dengan Kepujian. Program-program ini dijangka akan ditawarkan pada bulan Oktober 2024. Selain itu, program pengajian dalam bidang pengajian Islam juga akan ditawarkan secara pesisir atau francais.
 
Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor manakala bagi pihak IIC pula telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Shaikh Faridhudheen Anverdeen selaku Ketua Pegawai Eksekutif, IIC serta disaksikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA dan YBrs. Encik Hafiz Ahmed Patwari, Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik) IIC.
 
 
Majlis yang cukup bermakna tersebut turut disertai oleh delegasi UniSZA iaitu Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), YBrs. Prof. Madya Dr. Mazuri binti Abd. Ghani, Dekan Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan (FPP), YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P), serta para pegawai UniSZA serta delegasi IIC.
 
 
Selesai majlis tersebut, delegasi UniSZA turut dibawa melawat International Islamic College (IIC) bagi melihat fasiliti-fasiliti tersedia seperti perpustakaan, ODL learning Centre, dan sebagainya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara