Monday, 29 April 2024

Hasya Harun cipta sejarah Presiden MPP Wanita Pertama di UniSZA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus: “Saya merasa gembira kerana pemilihan Presiden adalah dalam kalangan kabinet sendiri, dan saya merasa bangga diberikan kepercayaan untuk mengemudi kapal Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini”, kata Nur Hasya Harun, 25.

Hasya yang juga pelajar Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dipilih sebagai Presiden MPP Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi 2023/2024 dan merupakan presiden dalam kalangan pelajar wanita yang pertama dilantik.

Dia ketika ditemui berkata, walaupun begitu, masih terselit kerisauan pada awalnya berkaitan penerimaan semua berkaitan wanita sebagai Presiden namun semakin hari dia percaya itu merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Saya percaya dengan kekuatan dan kredibiliti setiap ahli MPP, mampu membantu saya sendiri dalam mencapai hasrat hasrat pengurusan dan mahasiswa sendiri”

“InsyaAllah, kami akan banyak program berteraskan kebajikan dan kepimpinan selari dengan Pelan Strategik UniSZA serta akan memastikan 'transparency' antara MPP dan mahasiswa terutamanya dalam pelaksanaa program dan urusan kewangan”, katanya yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Katanya lagi, dia percaya semakin hari semakin banyak perkara yang perlu diipelajari dan itu semua merupakan cabaran yang perlu dihadapi terutamanya bagaimana MPP sendiri sebagai platform mahasiswa menyampaikan suara mahasiswa kepada pengurusan dan bagaimana pihak pengurusan dan MPP bekerjasama dalam memastikan kebajikan mahasiswa perkara utama.

“Ini merupakan kali kedua saya sebagai MPP, sebelum ini saya merupakan Exco Kelab Persatuan. Sebelum menjadi MPP saya merupakan ahli Majlis Kolej Kediaman sebanyak dua kali.

“Penglibatan saya dalam dua badan terbesar mahasiswa di UniSZA merupakan bukti UniSZA mampu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berdaya saing kerana pengalaman dan Usaha perlu selari sebagai langkah dalam menjadi role model kepada mahasiswa lain” katanya.

Anak sulung dari empat beradik itu berharap untuk memastikan barisan MPP kali ini bersatu hati dan mengamalkan sikap terbuka kerana kesatuan ini lah yang sebenarnya punca kejayaan setiap organisasi.

“Saya berharap juga MPP kali ini mampu menjadi role model kepada mahasiswa terutamanya dalam 4 teras utama (PASU) Pimpinan,Akademik, Sukarelawan dan Usahawan”, katanya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara