Sunday, 28 April 2024

NORIMRANA DINOBAT TOKOH SISWA UniSZA 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
7 Januari 2024 | Kuala Nerus - Norimrana Binti Mujahid Ali, pelajar tahun keempat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dinobatkan sebagai Tokoh Siswa UniSZA 2023. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, trofi dan sijil. Beliau juga telah memenangi Anugerah Kepimpinan Kolej Kediaman di bawah kluster kepimpinan.
 
 
Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Tengku Naufal Bin Tengku Mansor, Ahli Lembaga Pengarah UniSZA di Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2023 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin. Turut hadir YBhg. Profesor Dato’ Dr. Fadzli Bin Adam, Naib Canselor UniSZA, Pengurusan Tertinggi UniSZA dan para finalis anugerah.
 
Anugerah Tokoh Siswa UniSZA merupakan anugerah berprestij yang mengiktiraf sumbangan dan pencapaian pelajar dalam dan luar negara. Sebanyak 24 anugerah diberikan dalam kluster kepimpinan, kesukarelawanan, pembangunan sosial, akademik dan intelektual serta kluster khas, yang mana anugerah utamanya ialah Anugerah Naib Canselor yang membawa gelaran sebagai Tokoh Siswa UniSZA.
 
 
Kesemua penerima anugerah telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dengan mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti/program pembangunan modal insan yang menyumbang kepada peningkatan potensi mereka dalam pengetahuan, kemahiran dan bakat. Penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti/program pembangunan insaniah bagi mencapai anugerah ini dapat membina etika dan kerohanian, menerapkan nilai kasih sayang dan hormat-menghormati, serta meningkatkan tahap integrasi dan perpaduan nasional yang tinggi dalam kalangan pelajar.
 
 
Dalam kluster kepimpinan, Nur Adibah Binti Ab Malik Marwan, Muhammad Irfan Ariff Bin Mohd Asri dan Muhammad Nurul Salihin Bin Mazni Fairuz telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Individu Kepimpinan Persatuan. Manakala Muhammad Syahir Bin Yahaya telah menerima Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.
 
Dalam kluster kesukarelawan pula, tiga tokoh pemimpin telah menerima anugerah dalam kategori masing-masing iaitu Nur Athirah Binti Mohd Burhan (Anugerah Kepimpinan Sukarelawan Kemanusiaan), Nur Aisyah Binti Abdul Wahab (Anugerah Kepimpinan Sukarelawan Alam Sekitar) dan Jeevaneswaran A/L Muthukumar (Anugerah Kepimpinan Sukarelawan Kesejahteraan Komuniti).
 
Tiga penerima anugerah dalam kluster akademik dan intelektual adalah Afiqa Anis Binti Tarmizu (Anugerah Kepimpinan Pengucapan Awam), Muhammad Haziq Izzuddin Bin Ridzuan (Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek) dan Muhammad Hizaamuddin Bin Mohd Harris (Anugerah Kepimpinan Sains Dan Teknologi).
 
 
Bagi kluster pembangunan sosial, Siti Sedratul Muntaha Binti Mohd Zainol telah menerima Anugerah Kepimpinan Sukan. Muhammad Affan Bin Mohd Yunus dan Yasmin Suraya Binti Mohd Yusoff masing-masing telah menerima Anugerah Kepimpinan Kebudayaan dan Anugerah Kepimpinan Keusahawanan.
 
Kluster khas pula telah dimenangi oleh Zulfaqar Aslam Bin Zulkefli (Anugerah Khas Kepimpinan Pelajar Kurang Upaya), Mubarakah Bo'lowatife Mohammed Muneer Deen (Anugerah Khas Kepimpinan Pelajar Antarabangsa), Majlis Perwakilan Pelajar Unisza (Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik) Dan International Relation's Student Society (IRISS) (Anugerah Pasukan Persatuan Terbaik).
 
Di samping itu, 3 individu dan 3 pasukan masing-masing menerima Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang iaitu Siti Nurfatihah Binti A Rahman, Nesalata A/P Gunasekaran, Muhammad Haikal Bin Suhairi, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran, Persatuan Mahasiswa Al-Quran & As-Sunnah UniSZA dan Kelab Citra Puisi (KeRiSZ) UniSZA
Tahniah di ucapkan kepada semua penerima anugerah.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara