Friday, 06 December 2024

UniSZA DAN APU JALIN KERJASAMA, PACU KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
3 Januari 2024 | Kuala Lumpur - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) bertempat di Dewan Senat APU, Kuala Lumpur.
 
 
Pemeteraian MoU ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi menyokong aspirasi universiti dalam usaha untuk meningkatkan mutu kecemerlangan akademik dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) serta penyelidikan secara komprehensif.
 
MoU tersebut turut menggariskan rangka kerjasama dalam mengendalikan program akademik, pertukaran kakitangan dan pelajar, mobiliti berkredit, inovasi teknologi, penyelidikan, penerbitan dan peluang latihan khusus untuk kakitangan dan pelajar membangunkan komuniti akademik yang lebih kukuh serta memberi manfaat bukan hanya kepada institusi tetapi juga kepada landskap pendidikan secara menyeluruh.
 
Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor manakala bagi pihak APU pula telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Ho Chin Kuan, Naib Canselor serta disaksikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA dan YBhg.Prof. Ts. Dr. Murali A/L Raman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Akademik & Strategi) APU.
 
 
Majlis yang cukup bermakna tersebut turut disertai oleh delegasi UniSZA iaitu YBhg. Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak (Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan & Inovasi), YBrs. Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany (Pengarah, Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan), YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin (Pengarah, Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik), YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid Awang (Dekan Fakulti Infomatik dan Komputeran), YBrs. Dr. Wan Mohd Adzim Wan Mohd Zain (Timbalan Pengarah, Bahagian Transformasi Akademik, Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik) serta pegawai UniSZA.
 
Delegasi UniSZA turut dibawa melawat ke bahagian Cyber Security Range, Ruangan Pelajar Pascasiswazah, Perpustakaan, Studio AR VR dan lokasi sekitar kawasan APU.
 
 
Dengan pemeteraian kerjasama dua hala APU dan UniSZA akan memacu sinergi kecemerlangan akademia yang lebih komprehensif, kompetitif dan sentiasa bergerak seiring dengan keperluan dunia semasa.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara