Sunday, 28 April 2024

60 Sukarelawan UniSZA Santuni Komuniti Kampung Pulau Duyong, Misi Bantuan Pasca Banjir

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus : Seramai 60 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program Semarak Siswa Madani: Sukarelawan UniSZA di Kampung Pulau Duyong, Kuala Nerus, hari ini.

Pengarah Program, Muhammad Haziq Izzudin Ridzuan, berkata program itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan universiti dengan komuniti setempat, dalam usaha memastikan warga universiti lebih dekat dgn komuniti dan tiada jurang antara universiti dan komuniti

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyampaian bakul rahmah kepada warga emas B40, pembersihan surau, pemeriksaan kesihatan kepada warga emas yang uzur dan terlantar, pembersihan rumah penduduk terkesan banjir dan penyampaian ceramah kerohanian.”

“Sukarelawan UniSZA juga turut membersihkan dua buah surau yang terkesan banjir iaitu Surau Kampung Duyong Wan Su dan Surau Nibong Duyong Sekolah selain beberapa buah rumah yang terlibat banjir juga dibersihkan bagi meringankan beban tuan rumah”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, Pusat Kesihatan UniSZA yang diketuai oleh Dr. Yusmina dan dibantu oleh pelajar program kejururawatan turut menjalankan lawatan ke 13 buah rumah warga emas yang uzur dan terlantar bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan.

“InsyaAllah, kita akan teruskan lagi program seperti ini memandangkan pihak UniSZA telah menjadikan Kg.Pulau Duyong sebagai kampung angkat, dan pada masa akan datang, lebih banyak program komuniti akan dilaksanakan selaras dengan idea dan aspirasi UniSZA dalam memperkasakan semangat kesukarelawan melalui program ikonik Hero Komuniti”

“Dan kita berharap agar dengan adanya program seperti ini ia dapat UniSZA memberi contoh kepada IPT lain dengan pembawaan imej hero komuniti sama seperi dalam pelan strategik UniSZA”, katanya.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniSZA, Dato' Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff itu turut mendapat kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu dan juga melibatkan seramai 200 orang penduduk Kampung Pulau Duyong.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara