Monday, 29 April 2024

UniSZA TERIMA DANA GERAN PENYELIDIKAN DAN TAJAAN BIASISWA BERJUMLAH RM62,710.00 DARIPADA DAR AL QARI RESOURCES

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
20 Disember 2023 | Kuala Lumpur - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Dar Al Qari Resources (DAR AL QARI) bertempat di Ibu Pejabat RIC, Kuala Lumpur, hari ini.
 
 
Selain bakal mewujudkan kerjasama berkaitan penganjuran seminar/webinar secara bersama, pertukaran maklumat, penerbitan, laporan dan kerjasama akademik, UniSZA turut menerima dana geran penyelidikan dan tajaan biasiswa kepada pelajar FKI berjumlah RM62,710.00 daripada DAR AL QARI.
 
 
Penyerahan mock cheque sumbangan dana berjumlah RM62,710.00 tersebut telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Haji Rizalman bin Haji Ibrahim (Pemegang Amanah 1 DAR AL QARI/Yayasan RI merangkap Pengerusi Kumpulan RIC) kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam selaku Naib Canselor UniSZA.
 
Tambahan lagi, UniSZA dan DAR AL QARI juga bakal bekerjasama untuk mewujudkan Pusat Pengajian Al-Quran Al Qari cawangan Terengganu bagi membantu golongan dewasa untuk menguasai ilmu pembelajaran Al-Quran dengan lebih baik dan mendalam.
 
 
Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam manakala bagi pihak DAR AL QARI pula telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Haji Rizalman bin Haji Ibrahim.
 
DAR AL QARI ditubuhkan sebagai salah satu unit yang tidak berasaskan keuntungan di bawah payung Rizalman Ibrahim Group of Companies. Aktiviti utama DAR AL QARI adalah menyediakan fasiliti bagi pengajian ilmu Al-Quran secara percuma kepada golongan dewasa di bawah jenama Pusat Pengajian Al-Quran Al Qari. Selain daripada itu, DAR AL QARI juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan lain seperti penajaan biasiswa dan geran penyelidikan, penajaan van jenazah dan ambulans, membaiki dan menaiktaraf rumah-rumah ibadah Islam serta pembangunan akidah dan ekonomi golongan mualaf.
 
 
Turut meyertai majlis tersebut ialah Tuan Haji Mohd Faizul bin Haji Surani (Pemegang Amanah 2 DAR AL QARI/ Yayasan RI merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RIC), Ustaz Jailani bin Jantan (Ketua Pegawai Operasi DAR AL QARI), Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniSZA), Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniSZA), Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi (Dekan FKI UniSZA) dan Prof. Madya Dr. Mohd A’Tarahim bin Mohd Razali (Ketua Pusat Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, FKI UniSZA).

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara