Monday, 29 April 2024

UniSZA PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI BERSAMA PMMY GROUP SDN. BHD. (PHYSIOMOBILE)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 Disember 2023 | Selasa - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PMMY Group Sdn. Bhd. (Physiomobile) bertempat di Pejabat Naib Canselor, UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus. 
 
 
Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor manakala bagi pihak PMMY Group Sdn. Bhd. (Physiomobile) pula telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Muhamad Saiful Zhafri bin Mohd Shahidan selaku Ketua Pegawai Eksekutif.
 
Pemeteraian MoU antara kedua-dua pihak ini sememangnya menjadi hasrat UniSZA untuk membina jaringan dengan pihak industri yang merentasi asas pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, khidmat komuniti, perundingan serta keterlibatan yang bermanfaat kepada sumber manusia dan pelajar UniSZA.
 
Kolaborasi ini merupakan platform yang penting untuk melahirkan idea baru dalam mencapai kemajuan universiti. Ianya merupakan inisiatif yang terbaik dalam berkongsi ilmu pengetahuan bersama industri dan komuniti serta menjadikan UniSZA sebagai pusat rujukan utama.
 
 
Turut meyertai majlis tersebut daripada pihak UniSZA ialah YBhg. Dato’ Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pendaftar), YBrs. Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan), YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Rohani binti Wan Taib (Dekan Fakulti Sains Kesihatan) para pensyarah daripada Fakulti Sains Kesihatan dan pegawai-pegawai UniSZA serta pegawai PMMY Group Sdn. Bhd. (Physiomobile).
 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara