Sunday, 08 December 2024

UniSZA BERSAMA 18 UNIVERSITI AWAM MALAYSIA TANDATANGAN MoU PENUBUHAN KONSORTIUM E&E UNIVERSITI MALAYSIA BAGI PELAKSANAAN MRI3

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
14 Disember 2023 | Pulau Pinang - Universiti Sultan Zainal Abidin bersama-sama 18 Universiti Awam (UA) Malaysia yang lain telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penubuhan Konsortium Elektrik dan Elektronik (E&E) Universiti Malaysia bagi melaksanakan Inkubator Penyelidikan dan Serap-Industri Kementerian Pendidikan Tinggi (MRI3) bertempat di SPICE Convention Centre, Pulau Pinang dalam Majlis Perasmian MRI3.  Konsortium tersebut akan diketuai oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah pimpinan YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc. selaku Naib Canselor USM.
 
 
Mewakili UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam selaku Naib Canselor. MoU tersebut juga turut ditandatangani oleh Naib Canselor, wakil-wakil Naib Canselor serta wakil Rektor UA yang terlibat disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor USM mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
 
Pelaksanaan MRI3 tersebut bertujuan untuk membangunkan bakat yang akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertepatan keperluan industri di bawah sektor elektrik dan elektronik (E&E) melibatkan pelajar ijazah pertama hingga pasca-siswazah. Program itu juga membantu memastikan jaminan kerja dalam kebolehpasaran graduan dengan gaji premium (gaji permulaan minimum RM4,000).
 
Program ini turut mengurangkan jurang industri-akademia dengan melibatkan Projek Tahun Akhir (FYP) pelajar yang berasaskan industri dan ditaja sepenuhnya serta pemberian elaun bulanan kepada pelajar selama tempoh FYP berlangsung.
 
 
Di samping itu, pelajar didedahkan dengan peralatan dan perisian yang digunakan olen industri itu sendiri. Tambahan lagi, sebanyak 27 syarikat termasuk rakan strategik agensi turut menandatangani MoU bersama Konsortium E&E Universiti Malaysia yang bersetuju untuk menjadi perintis dalam progran MRI3.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara