Sunday, 21 July 2024

UniSZA PERKUKUH KERJASAMA LINGUISTIK DAN KOMUNIKASI BERSAMA ZARQA UNIVERSITY, JORDAN

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
4 Disember 2023 | Kuala Nerus - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Zarqa University, Jordan secara atas talian. 
 
 
Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor manakala bagi pihak Zarqa University pula telah ditandatangani oleh Prof. Alaa Aldeen Sadeq, mewakili Presiden dan juga selaku Naib Presiden Hal Ehwal Akademik.
 
Pemeteraian MoU ini bakal melibatkan kerjasama dalam bidang bahasa, linguistik dan komunikasi (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab) selain daripada pertukaran kakitangan akademik dan pelajar untuk program prasiswazah dan pascasiswazah serta aktiviti penyelidikan dan penerbitan bersama, seminar, persidangan, bengkel, termasuk bekerjasama antara satu sama lain dalam mendapatkan pembiayaan daripada sumber luar untuk anjuran aktiviti bersama.
 
 
Turut meyertai majlis tersebut daripada pihak UniSZA ialah Encik Suhaili bin Mohd (Bendahari), Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman (Pengarah Kampus Besut), Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan), Prof. Madya Dr. Kamariah binti Yunus (Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi), Dr. Zurina binti Khairuddin (Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi), para pensyarah dan pegawai

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara