Monday, 29 April 2024

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Agropreneur Graduan (Projek Melon Manis Terengganu) antara Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Besut - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuktikan komitmen dalam menghasilkan agropreneur dari kalangan graduan apabila melancarkan Program Pembangunan Agropreneur Graduan (Projek Melon Manis Terengganu) hasil kerjasama Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan CIMB Islamic Bank Berhad pada 26 November 2023 di UniSZA Kampus Besut.
 
 
Ianya bertitik tolak daripada memorandum persefahaman yang telah ditandatangani oleh UniSZA bersama YDSM dan CIMB Islamic Bank Berhad pada 9 Mac 2023.
 
Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan sambil disaksikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA dan Encik Ahmad Shahriman Mohd Shariff, CEO CIMB Islamic Bank Berhad.
 
 
Kerjasama strategik ini melibatkan peranan YDSM sebagai badan penerima dana dan pemantau projek, CIMB Islamic Bank Berhad sebagai penyumbang dana, dan UniSZA melalui Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P) sebagai pelaksana projek.
 
Jumlah keseluruhan dana dari pihak CIMB Islamic Bank Berhad adalah RM350,000 yang meliputi kos pembinaan 2 rumah hijau yang baharu (RM200,000) dan kos latihan kepada 20 graduan asnaf dan B40 UniSZA (RM150,000).
Program Pembangunan Agroprenuer Graduan Bagi Projek Melon Manis Terengganu turut dilengkapkan dengan Aplikasi MMT-UniSZA dengan menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC).
 
 
Aplikasi yang dibangunkan oleh Dr. Mohd Kamir Yusof dan pasukan dari Fakulti Informatik dan Komputeran bertujuan memastikan ketulenan produk yang dihasilkan.
 
Melalui teknologi dan aplikasi MMT-UniSZA ini, ketulenan sesuatu produk itu dapat diketahui hanya dalam beberapa saat dengan menyentuh peranti mudah alih pada tag NFC tersebut.
 
Sekiranya produk tersebut adalah tulen, maklumat secara terperinci akan di paparkan melalui skrin peranti mudah alih.
 
Dengan aplikasi dan teknologi ini, produktiviti Melon di Ladang Agroprenuer, Kampus Besut adalah terjamin keaslian dan mampu untuk menembusi pasaran luar negara pada masa akan datang.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara