UniSZA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JAWATANKUASA PENDUKUNG ASKAR WATANIAH (JAKPAW) DAN REJIMEN 512 ASKAR WATANIAH NEGERI TERENGGANU
26 November 2023 | Kuala Nerus - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) dan Rejimen 512 Askar Wataniah Negeri Terengganu bertempat di Bangunan Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.
Delegasi JAKPAW dan Rejimen 512 Askar Wataniah Negeri Terengganu yang diketuai oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja Kol. (K) Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan telah disambut mesra oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA.
Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk mewujudkan kolabrasi dan kerjasama antara Rejimen 512 Askar Wataniah Negeri Terengganu dan UniSZA serta mencadangkan untuk meramaikan lagi staf-staf UniSZA untuk menyertai Askar Wataniah agar dapat melahirkan para pegawai Askar Wataniah dalam kalangan staf UniSZA.
Delegasi JAKPAW dan Rejimen 512 Askar Wataniah Negeri Terengganu turut disertai oleh Mej.(K) Dato' Mohamed Farid bin Hj. Surani, Mej. (K) Prof. Ts. Dr. Mazidah binti Puteh, Mej.(K) Encik Mohd Azmi bin Mustafa, Lt. Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin (Timbalan Komander Rej. 512) dan Mej. Jalaluddin bin Jenal (Penolong Pegawai Memerintah Bn. 1 Rej. 512).
Turut menyertai kunjungan tersebut daripada delegasi UniSZA ialah Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff (Timbalan Naib Canselor HEPA), Encik Muzafar bin Mohd Din (Pendaftar), Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan) dan Dr. Akila bin Mamat (Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar).