Thursday, 22 February 2024

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PRO CANSELOR DAN RAMAH MESRA LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI BERSAMA LEMBAGA PENGARAH UniSZA HOLDINGS SDN. BHD.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
23 November 2023 | Kuala Lumpur - YBhg. Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyampaikan Watikah Pelantikan Pro Canselor UniSZA kepada Y.M. Tunku Datuk Nooruddin bin Tunku Dato’ Seri Shahabuddin yang telah diperkenan oleh KDYMM Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu selaku Canselor UniSZA pada 29 Oktober 2023.
 
 
Penyerahan watikah pelantikan Pro Canselor UniSZA itu telah disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA dan pelantikan tersebut telah berkuat kuasa mulai 1 September 2023 sehingga 31 Ogos 2026.
 
 
Turut diadakan pada majlis tersebut ialah sesi Ramah Mesra Lembaga Pengarah Universiti bersama Lembaga Pengarah UniSZA Holdings Sdn. Bhd. bertempat di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Lembaga Pengarah Universiti dengan Lembaga Pengarah UniSZA Holdings Sdn. Bhd. di samping memberi ruang untuk bertukar idea dan pandangan dalam usaha meningkatkan kemajuan UniSZA khususnya.
 
 
Turut hadir ke majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Abdul Rahin bin Said (Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA Holdings Sdn. Bhd.), ahli Lembaga Pengarah UniSZA, ahli Lembaga Pengarah UniSZA Holdings Sdn. Bhd. serta ahli Pengurusan Tertinggi UniSZA.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara