Sunday, 08 December 2024

UniSZA LAKAR SEJARAH JALIN 70 KERJASAMA MoU DAN MoA BERSAMA 70 BUAH UNIVERSITI DI INDONESIA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

20 November 2023 | Semarang, Indonesia - Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama 70 universiti di Jawa Tengah dan universiti lain dari seluruh Indonesia telah diadakan di Universitas Wahid Hashim, Semarang, Indonesia.

Majlis ini dirasmikan oleh Koordinator Kopertais Wilayah X Jawa Tengah, Dr. H. Ruswan, MA. Ia dianjurkan sekali dengan satu seminar antarabangsa dengan penyertaan hampir 70 peserta dari seluruh negara. Antara pihak yang terlibat dalam MoU dan MoA ini termasuklah Forum Komunikasi Pendidikan Tinggi Islam Jawa Tengah serta beberapa pihak pendidikan tinggi daripada seluruh Indonesia terutama dari Surabaya, Maluku, Madura, Sulawesi, Mataram, Acheh, Kalimantan, Sumatera dan beberapa tempat yang lain di Indonesia.


Mewakili pihak UniSZA, kerjasama MoU dan MoA tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor dan YBrs. Profesor Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa).

Turut hadir sama mewakili delegasi UniSZA ialah Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa dan Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi.


Kejayaan ini dianggap sebagai satu lakaran sejarah baharu buat UniSZA yang mana ia merupakan antara rekod menandatangani MoU dan MoA terbanyak dalam satu majlis.

Dengan pelaksanaan majlis menandatangani MoU dan MoA ini dijangka membuka pintu kepada satu kerjasama yang erat dan berkekalan antara kedua-dua pihak terutama dalam aspek penyelidikan, mobiliti, kerjasama antarabangsa dan pertukaran pelajar dan staf.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara