Monday, 29 April 2024

54 ahli terdiri daripada komander dan timbalan komander siri 500 dari seluruh Malaysia menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34/2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Kuala Nerus - Seramai 54 ahli terdiri daripada komander dan timbalan komander siri 500 dari seluruh Malaysia menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34/2023, anjuran Rejimen 512 Askar Wataniah dengan kerjasama BPS ( Bahagian Simpanan Tentera Darat) di Dewan Senat, UniSZA kampus Gong Badak, hari ini.
 
 
Turut mencemar duli pada sidang kali ini adalah empat kerabat Diraja iaitu DYTM Raja Muda Perlis Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, YAM Tengku Panglima Raja Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Brig Jen Dato’ Seri Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan DYTM Brig Jen Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Amin Karim Sultan Sallehuddin.
 
 
Sidang ini telah pengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) iaitu Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.
 
Delegasi yang hadir telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr Shukor Abdul Razak bagi dan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Dr. Akila Mamat bagi mewakili pengurusan tertinggi UniSZA
 
Selain itu, ahli-ahli sidang turut mengadakan lawatan ke Arkib, Galeri Manuskrip dan Galeri Pak Samad di Perpustakaan Al-Watiqhu Billah, UniSZA.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara