Monday, 29 April 2024

LEBIH 200 PESERTA HADIR PROGRAM INSPIRASI TOKOH USAHAWAN ANJURAN UniSZA DAN DPIM

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Kuala Nerus - Lebih 200 peserta dalam kalangan usahawan dan pelajar hadir menyertai program Inspirasi Tokoh Usahawan yang berlangsung Dewan Perdana, UniSZA kampus Gong Badak, hari ini.
 
 
Pada program itu, Forum ‘Inspirasi Tokoh Usahawan’ diadakan dengan menampilkan tiga panel yang merupakan usahawan terkenal di Malaysia iaitu Pengarah Urusan Mydin, Dato Ameer Ali Mydin, Pengasas Mamasab International, Puan Siti Sabrina Sobri dan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd, Dato’ Sani Salleh.
 
 
Forum yang cukup hebat itu turut menampilkan pengacara dan juruhebah yang sangat popular iaitu Halim Othman.
 
Terdahulu, pada program diadakan sesi perkongsian oleh Affin Bank Berhad dengan topik Digitalisasikan Bisnes bersama Affin Bank Berhad serta dari Planworth iaitu Tingkatkan potensi perniagaan melalui pemfaktoran bersama Planworth.
 
Taklimat Solusi Kewangan melalui Akaun Emas juga telah dikongsikan oleh DPIM pada program berkenaan.
 
Ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff bt Abd Ghadas.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara