Thursday, 22 February 2024

UniSZA DAN PERDANA UNIVERSITY SEPAKAT JALIN KERJASAMA, WUJUDKAN KOLABORASI AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN YANG MAMPAN

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

10 November 2023 | Kuala Lumpur - Dalam usaha mewujudkan jaringan ekosistem akademik dan penyelidikan yang mampan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perdana University bertempat di Perdana University, Kuala Lumpur hari ini.

Melalui pemeteraian MoU ini, UniSZA dan Perdana University bakal menjalinkan kolaborasi dalam program akademik seperti Diploma Sains Kejururawatan, Diploma Fisioterapi, program pascasiswazah termasuk pertukaran pensyarah, pensyarah pelawat, penyelidik antara kedua-dua universiti. Selain itu, kedua dua pihak akan berganding bahu bagi menganjurkan syarahan, seminar, bengkel, pameran dan penganjuran program secara bersama.

Tambahan lagi, pertukaran kerja-kerja penyelidikan yang bercetak dan tidak bercetak, penerbitan hasil kajian, penyeliaan bersama tesis pelajar prasiswazah dan pascasiswazah serta pertukaran pelajar dalam program akademik termasuk pertukaran pelajar jangka masa panjang dan jangka masa pendek turut merupakan antara kerjasama yang bakal dijalankan antara UniSZA dan Perdana University.

Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa).

Manakala, bagi pihak Perdana University pula, MoU tersebut telah ditandatangani oleh Profesor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak (Naib Canselor) dan Encik Noor Zaidi Mohd Noor (Pendaftar Perdana University).

Turut meyertai majlis tersebut ialah Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniSZA), Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff (Dekan Fakulti Perubatan UniSZA), Prof. Madya Dr. Wan Rohani binti Wan Taib (Dekan Fakulti Sains Kesihatan UniSZA), para pensyarah dan pegawai daripada kedua-dua pihak.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara