Monday, 29 April 2024

873 pelajar IPT bersaing di HESF

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus - Sebanyak 27 pingat emas menjadi buruan 873 atlet Institut Pengajian Tnggi (IPT) pada Festival Sukan Pendidikan Tinggi (HESF) di Universiti Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus selama tiga hari.

Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Fazidah Mustafa berkata, sebanyak 30 kontinjen IPT seluruh negara mengambil bahagian dalam enam acara sukan dipertandingkan.

Beliau berkata, penganjuran HESF yang memasuki edisi ketiga tersebut bertujuan mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam kalangan pelajar IPT untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kejohanan ini mekanisme kepada program sukan utama di kementerian selain turut mempromosi acara yang tidak dipertandingkan di peringkat universiti.

“KPT komited meningkatkan mutu sukan negara dan sentiasa memberi sokongan penuh kepada penganjuran kejohanan yang dapat meningkatkan pembangunan sukan di IPT,” katanya ketika merasmikan HESF di Dewan Perdana, UniSZA kampus Gong Badak.

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga juara bertahan pada edisi 2019 dijangka menjadi tumpuan dalam acara dipertandingkan iaitu ragbi, petanque, memanah, bola tampar pantai dan tarik tali.

Fazidah berkata, HESF 2023 diharap bukan sahaja dapat melahirkan atlet beprestasi tinggi malah membuktikan sukan dan akademik dapat berjalan seiring melahirkan graduan holisitk

Tambah beliau, sebelum ini, ramai atlet negara yang menyinar di pentas antarabangsa turut cemerlang dalam pelajaran.

 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Dato’ Prof. Dr. Mohd Hafiz Yusoff pula berkata, kontinjen tuan rumah meletakkan sasaran realistik lima pingat emas.

Beliau berkata, sukan memanah dijangka menjadi ‘lubuk emas’ buat kontinjen tuan rumah seiring dengan reputasi UniSZA selaku Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) memanah.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara