Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Tuanku Canselor berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Statut Statut UniSZA 2024
Kuala Nerus - Tuanku Canselor UniSZA, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Statut Statut UniSZA pada Majlis Hi-Tea Diraja di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel.
Statut Statut UniSZA 2024 adalah dibuat dibawah peruntukan seksyen 35 perlembagaan UniSZA.
Statut Statut UniSZA 2024 ini dibuat untuk menguruskan kuasa dan kewajipan pegawai universiti, keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara pihak berkuasa universiti serta segala perkara lain yang boleh dikawal selia dengan statut di bawah perlembagaan UniSZA.
Pada pelancaran itu, KDYMM Sultanah Tuanku Canselor berkenan menandatangani statut di iPad sebagai simbolik gimik pelancaran.
(English Version)
Kuala Nerus - The Chancellor of UniSZA, Her Royal Highness Sultanah Nur Zahirah, graciously officiated the launch ceremony of the UniSZA Statute at the Royal Hi-Tea event held at Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel. The UniSZA Statute 2024 is established under the provisions of Section 35 of the UniSZA Constitution.The UniSZA Statute 2024 is crafted to govern the powers and duties of university officials, membership, authority, obligations, and procedures of university authorities, as well as all other matters that can be regulated by statute under the UniSZA Constitution.During the launch, Her Royal Highness Sultanah Tuanku Canselor kindly signed the statute on an iPad as a symbolic gesture for the launch event.