Sunday, 28 April 2024

'Saya minta maaf tak dapat hadir, situasi di sini amat bahaya'

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS, 5 November- Hasrat seorang graduan dari Palestin untuk menerima skrol Ijazah Kedoktoran (PhD) tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada hari ini.

Graduan Fakulti Informatik dan Komputeran, Saber T R Syouri, 50, memaklumkan situasi yang memburuk sedang berlaku di Palestin ketika ini membataskan beliau untuk datang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Saber melahirkan rasa syukur kepada ALLAH dan seluruh warga UniSZA atas penganugerahan PhD berkenaan.

"Saya minta maaf, betul-betul minta maaf. Saya tidak dapat berada di sana (UniSZA) pada hari istimewa ini untuk bergraduasi.

"Ini kerana situasi di sini berbahaya dan rumit. Mohon, berdoalah dan doakan Palestin dan umat Islam. Mohon doakan untuk Palestin.

"Terima kasih atas segala-galanya...terima kasih Terengganu. Terima kasih UniSZA dan terima kasih pada semua," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sebuah hantaran video yang ditayangkan pada istiadat Majlis Konvokesyen UniSZA kali ke-15 (Sidang Pertama) di sini pada Ahad.

Difahamkan, Saber kini berlindung di Tebing Barat dan beliau telah kehilangan beberapa ahli keluarga termasuk anak perempuan serta anak lelaki dalam serangan ke atas Palestin baru-baru ini.

(English Version)

KUALA NERUS November 5th - The aspiration of a graduate from Palestine to receive a Doctor of Philosophy (PhD) scroll remains unfulfilled as she is unable to attend her convocation at Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) today.

Saber T R Syouri, a graduate from the Faculty of Informatics and Computing, aged 50, explained that the worsening situation in Palestine is preventing her from coming to Malaysia.

However, Saber expressed gratitude to ALLAH and the entire UniSZA community for the conferment of her PhD.

"I apologize sincerely. I cannot be there (UniSZA) on this special day to graduate.

"This is because the situation here is dangerous and complicated. Please, pray and supplicate for Palestine and the Muslim community. Please pray for Palestine.

"Thank you for everything... thank you, Terengganu. Thank you, UniSZA, and thank you to everyone," she said.

She made these remarks through a video message broadcasted during the 15th UniSZA Convocation Ceremony (First Session) held here on Sunday.

It is understood that Saber is currently taking refuge in the West Bank, and she has lost several family members, including a daughter and a son, in the recent attacks on Palestine.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara