Sunday, 28 April 2024

UniSZA Terima Sumbangan Lebih RM3 Juta

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA TERENGGANU, 5 November - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima bantuan sumbangan wakaf, 'endowment', infak dan wakalah zakat berjumlah RM3,489,123.

Sumbangan itu dijayakan pada program Hi-Tea Diraja Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UNISZA ke-15 bertempat di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli hadir pada program berkenaan.

Ketibaan tiba baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin serta Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Fadzli Adam berkata sebanyak 12 industri terlibat dalam pemberian bantuan tersebut.

Jelas beliau, antaranya, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT) yang telah memberi sumbangan sebanyak RM2 Juta diikuti Lembaga Tabung Haji sebanyak RM350,000

“Turut bersama memberi sumbangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Terengganu Incorporated yang menginfak sebanyak RM100,000.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang yang telah bekerjasama dalam menjayakan projek dengan pihak UniSZA,” katanya pada majlis berkenaan.

Tambah Fadzli Adam, hasil pendanaan dan kerjasama daripada pelbagai agensi, UniSZA telah memainkan peranan yang signifikan kepada komuniti.

Ujarnya, projek Penanaman Keledek Vitato yang diusahakan bersama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dengan penyediaan ladang seluas 100 ekar bernilai RM 2 juta bagi Program Keterjaminan Makanan Sub Projek Pembangunan Tanah Berpotensi.

“Projek Agropreneur Melon Manis Terengganu yang dibiayai dan diusahakan secara bersama antara UniSZA, Yayasan Diraja Sultan Mizan dan CIMB Bank dengan belanja keseluruhan sebanyak RM300,000.00," jelasnya.

Beliau berkata, bagi menyuburkan segmen filantrofi khususnya Wakaf dan Endowmen, ‘Infak UniSZA’ telah dibangunkan sebagai platform pendanaan awam berteknologi fintech atau teknologi kewangan.

Jelasnya lagi, selain daripada dokongan berbentuk kewangan, UniSZA menyeru pihak industri menyumbang dalam menjayakan gagasan UniSZA melahirkan graduan kalis masa depan.

“UniSZA mendambakan graduannya bukan sahaja boleh dipasarkan, malah cakna, berkemampuan dan bersedia untuk menyumbang.

“Antara ruang pengembangan potensi graduan adalah melalui syarikat pemula (start up company) dan bantuan strategik daripada sifu industri.

“Langkah ini membolehkan anak muda menguasai aspek know-how dalam membina ekonomi baharu merentasi cabaran dunia,” ujarnya.

(English Version)

KUALA TERENGGANU, November 5 - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) received a donation of waqf, endowment, infaq, and zakat totaling RM3,489,123. The contribution was made during the Royal Hi-Tea program of the 15th UniSZA Convocation Ceremony at Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel.

The Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, graciously attended the program. His arrival was accompanied by the Queen of Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, along with the Crown Prince of Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, and Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra. The Sultan's arrival was welcomed by the Chief Minister, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, along with members of the State Government Council and senior state government officials.

UniSZA Vice-Chancellor, Prof Dato’ Dr Fadzli Adam, mentioned that 12 industries were involved in providing this assistance. He clarified that among them, the Terengganu State Agriculture Department (JPNT) contributed RM2 million, followed by Lembaga Tabung Haji with RM350,000.

“Also contributing is the state government's government-linked company (GLC), Terengganu Incorporated, which donated RM100,000.

“We express our highest appreciation to all contributors who have collaborated in making this project a success with UniSZA,” he said during the event.

Fadzli Adam added that, thanks to funding and collaboration from various agencies, UniSZA has played a significant role in the community. He mentioned projects like the Sweet Potato Vitato Cultivation, undertaken with the Terengganu State Agriculture Department, involving a 100-acre farm worth RM2 million for the Food Security Guarantee Program - Potential Land Development Sub-Project.

“The Terengganu Sweet Melon Agropreneur Project, financed and managed jointly by UniSZA, the Sultan Mizan Royal Foundation, and CIMB Bank, with a total expenditure of RM300,000.00,” he explained. He stated that, to nurture the philanthropy segment, especially Waqf and Endowment, 'Infak UniSZA' has been developed as a fintech or financial technology public funding platform.

Furthermore, in addition to financial support, UniSZA calls on industries to contribute to the success of UniSZA's vision of producing future-ready graduates.

“UniSZA envisions that its graduates are not only marketable but also insightful, capable, and ready to contribute.

“Among the avenues for developing the potential of graduates is through start-up companies and strategic assistance from industry mentors.

“This approach enables young people to master the know-how aspects of building a new economy amidst the challenges of the world,” he said.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara