Monday, 29 April 2024

Pasangan kembar teruja graduasi bersama di UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus, 8 November – Tidak pernah berpisah sejak dari dalam kandungan sehinggalah melanjutkan pengajian di universiti, satu pasangan kembar seiras berjaya menamatkan pengajian bersama di Universiti Sultan Zainal Abidin

 

Anis Hafida Zulkhar serta adiknya Anis Hafiza, kedua-duanya berusia 23 tahun masing-masing memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-15 UniSZA.

“Kami seronok apabila dapat naik ke pentas menerima ijazah bersama-sama. Masa diploma pun kami naik pentas bersama, jadi hari ini sekali lagi kami bersama naik ke pentas”

“Kami juga memegang satu prinsip ketika berada di menara gading, kami mahu banggakan ibu, adik beradik serta arwah ayah kerana kami bukanlah daripada keluarga yang senang,” kata Anis Hafida yang kehilangan bapa tercinta ketika berusia tujuh tahun.

Pasangan yang berasal dari Meru, Perak itu bercita-cita menjadi pendidik dalam bidang pengajian Islam dan berharap dapat membantu keluarga mereka.

“Sekarang nie saya dan Hafiza bekerja separuh masa sebagai pembantu jualan di sebuah pasaraya di Meru dan Klebang”, katanya ketika ditemui.

 

Sementara itu, ibu kepada pasangan kembar berkenaan, Siti Fatimah, 59, berkata berasa bersyukur apabila anak ketiga dan keempat mereka berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diminati.

“Sejak kecil mereka sentiasa bersama. Sebagai ibu saya mendoakan perjalanan kehidupan mereka selepas ini berjalan dengan lancar dan berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

(English Version)

Kuala Nerus, November 8th – Never separated since childhood until continuing their studies at university, identical twin sisters, Anis Hafida Zulkhar and her younger sister Anis Hafiza, both 23 years old, successfully completed their studies together at Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Both obtained Bachelor's degrees in Islamic Studies (Dakwah) with Honors at the 15th UniSZA Convocation Ceremony.

"We are delighted to go up on stage together to receive our degrees. Even during our diploma, we went up on stage together, so today we are once again on stage together."

"We also hold a principle while in the ivory tower; we want to make our mother, siblings, and our late father proud because we come from a humble family," said Anis Hafida, who lost her beloved father at the age of seven.

The twins, originally from Meru, Perak, aspire to become educators in the field of Islamic studies and hope to contribute to their family.

"Currently, Hafiza and I work part-time as sales assistants at a supermarket in Meru and Klebang," she said when interviewed.

Meanwhile, the mother of the twin sisters, Siti Fatimah, 59, expressed gratitude that their third and fourth children successfully completed their studies in their chosen field. "Since childhood, they have always been together. As a mother, I pray for their life journey after this to be smooth and successful in both this world and the hereafter," she said. 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara