Sunday, 28 April 2024

3,608 graduan dirai dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus - Seramai 3,608 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima doktor falsafah (PhD), sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-15 UniSZA yang berlangsung bermula 5 November sehingga 8 November 2023, bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.

Majlis Idul Ilmi Konvokesyen selama empat hari ini diadakan tujuh sidang dan telah disempurnakan oleh Canselor UniSZA, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu pada sidang pertama.

Pada majlis konvokesyen kali ini, buat julung kalinya UniSZA menganugerahkan Profesor Emeritus kepada seorang penerima iaitu Dato’ Dr. Alias bin Daud, yang juga merupakan mantan Naib Canselor UniSZA dan juga profesor di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), UniSZA.

Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pula dianugerahkan kepada YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.

Manakala, Anugerah Pelajaran DiRaja diberikan kepada dua orang penerima iaitu Nur Aufa Johan, graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Satyanarayanarao A/L Ramasamy, graduan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Akuatik.

Seramai 111 graduan akan dianugerahkan Doktor Falsafah dan 23 graduan pula dianugerahkan Sarjana Sains, 53 graduan adalah Sarjana Saster dan 110 graduan adalah Diploma Pascasiswazah Pendidikan.

Bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (ISM), seramai 2,057 graduan akan menerima ISM yang membabitkan 11 buah fakulti di UniSZA.  Graduan paling ramai menerima ISM adalah dari Fakulti Kontemparari Islam (FKI), iaitu seramai 461 orang, diikuti Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), iaitu 338 graduan. Manakala, Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), 244 orang, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pula seramai 156, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), 133 orang, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) seramai 167 orang, Fakulti Undang-Undang dan Hubangan Antarabangsa (FUHA) , 189 orang, Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), 99 orang, Fakulti Perubatan seramai 63 graduan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), 180 orang dan Fakulti Farmasi (FF), 27 orang.

Sementara itu, graduan yang akan dianugerahkan Diploma pula adalah seramai 1,254 orang dari tujuh fakulti di UniSZA. FKI mencatat graduan Diploma tertinggi iaitu seramai 569 orang, diikuti FPP iaitu sebanyak 357 graduan. Bagi FIK jumlah graduan seramai 64 orang, FP (42), FSK, 67 orang, FRIT pula seramai 93 dan FUHA seramai 62 graduan.

(English Version)

Kuala Nerus -  3,608 graduates from Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) received their Doctor of Philosophy (PhD), master's, bachelor's, and diploma degrees respectively at the 15th UniSZA Convocation Ceremony held from November 5 to November 8, 2023, at Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Gong Badak Campus, Kuala Nerus. The four-day Convocation Ceremony comprised seven sessions and was graced by the Chancellor of UniSZA, Her Royal Highness Sultanah Terengganu, at the opening session.

In this convocation ceremony, UniSZA, for the first time, conferred the title of Professor Emeritus to an awardee, Dato’ Dr. Alias bin Daud, a former Vice-Chancellor of UniSZA and a professor in the Faculty of Innovative Design and Technology (FRIT), UniSZA. The Honorary Doctorate in Literature was presented to YB Senator Datuk Seri Professor Emeritus Dr. Awang bin Sariyan. Meanwhile, the Royal Education Award was granted to two recipients: Nur Aufa Johan, a graduate in Bachelor of Arts in English, and Satyanarayanarao A/L Ramasamy, a graduate in Bachelor of Science (Hons) in Aquatic Science.

A total of 111 graduates will be awarded a Doctor of Philosophy, 23 graduates will receive a Master of Science, 53 graduates will be conferred a Master of Arts, and 110 graduates will receive a Postgraduate Diploma in Education.For the Bachelor's Degree awards, 2,057 graduates will receive their degrees involving 11 faculties at UniSZA. The highest number of graduates receiving degrees is from the Faculty of Contemporary Islamic Studies (FKI), with 461 individuals, followed by the Faculty of Business and Management (FPP) with 338 graduates. Other faculties include the Faculty of Applied Social Sciences (FSSG) with 244 individuals, the Faculty of Language and Communication (FBK) with 156 individuals, the Faculty of Informatics and Computing (FIK) with 133 individuals, the Faculty of Bioresources and Food Industry (FBIM) with 167 individuals, the Faculty of Law and International Relations (FUHA) with 189 individuals, the Faculty of Innovative Design and Technology (FRIT) with 99 individuals, the Faculty of Medicine with 63 graduates, the Faculty of Health Sciences (FSK) with 180 individuals, and the Faculty of Pharmacy (FF) with 27 individuals.

Meanwhile, a total of 1,254 graduates from seven faculties at UniSZA will receive Diplomas. FKI recorded the highest number of diploma graduates, with 569 individuals, followed by FPP with 357 graduates. FIK has 64 graduates, FP has 42, FSK has 67, FRIT has 93, and FUHA has 62 graduates."

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara