Monday, 15 April 2024

UniSZA DAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA SEPAKAT BERKONGSI SUMBER BAGI MEMELIHARA KHAZANAH SERTA WARISAN NEGARA

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.

Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU tersebut telah ditandatangani oleh Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi).

Bagi pihak PNM pula, MoU tersebut telah dimeterai oleh Puan Salasiah binti Abdul Wahab, Ketua Pengarah PNM dan Puan Suhaila binti Abd Rahman, Pengarah Perkhidmatan Korporat PNM.

Majlis menandatangani MoU ini telah disaksikan Puan Norihan binti Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), mewakili pihak Kementerian Perpaduan Negara.

Kerjasama ini bakal berfokus ke arah perkongsian sumber fizikal dan digital antara kedua-dua pihak melibatkan bidang kenegaraan, peradaban dan kesepaduan sosial bagi merealisasikan aspirasi perpaduan yang dihasratkan, khusunya dalam bidang penerokaan manuskrip Melayu.

Selain itu, jalinan MoU ini juga akan merangkumi pelaksanaan latihan, khidmat nasihat dan perundingan dalam bidang kenegaraan, peradaban dan kesepaduan sosial, penempatan bagi tujuan latihan dan kemahiran antara kedua-dua pihak termasuk pelajar latihan industri, penglibatan bersama dalam aktiviti pengesanan dan perolehan bahan yang memerlukan kepakaran UniSZA dan PNM serta kerjasama penyelidikan, penerbitan, penganjuran program dan perkongsian kepakaran dalam bidang yang dipersetujui bersama.

Turut menyertai majlis tersebut daripada pihak UniSZA ialah Encik Muzafar bin Mohd Din (Pendaftar), Encik Suhaili bin Mohd (Bendahari), Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin bin Mat @ Mohamad (Pengarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, INSPIRE), Timbalan Pengarah INSPIRE, para pensyarah serta para pegawai daripada kedua-dua pihak.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara