Sunday, 28 April 2024

UniSZA PERKUKUH KERJASAMA PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERINGKAT ANTARABANGSA, METERAI MoU DAN PERJANJIAN PENYELIDIKAN DENGAN UNIVERSITAS ISLAM RIAU DAN SEKOLAH TINGGI ILMU SOSIAL DAN ILMU POLITIK RAJA HAJI, INDONESI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Islam Riau dan Perjanjian Penyelidikan dengan Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Raja Haji (STISIPOL RAJA HAJI), Indonesia bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.

Jalinan kerjasama bersama Universitas Islam Riau bakal melibatkan pengukuhan dalm bidang pendidikan dan penyelidikan, manakala kerjasama penyelidikan dengan STISIPOL RAJA HAJI akan berfokus ke arah menjalankan projek yang bertajuk ‘Pembangunan Model Reruang Bagi Kepimpinan Lestari Komuniti Pesisir Dan Pelancongan: Kajian Perbandingan Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau Dengan Terengganu, Malaysia’.

Bagi pihak UniSZA, dokumen MoU dan Perjanjian Penyelidikan tersebut telah ditandatangani oleh Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor).

Bagi pihak Universitas Islam Riau dan STISIPOL RAJA HAJI pula, masing-masing ditandatangani oleh Profesor Doktor Haji Syafrinaldi, SH, M.C.L (Rektor Universitas Islam Riau) dan Dr. Endri Sanopaka MPM (Rektor STISIPOL RAJA HAJI).


Turut meyertai majlis tersebut daripada pihak UniSZA ialah Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi), Encik Muzafar bin Mohd Din (Pendaftar), Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan) dan Prof. Dr. Ahmad Puad bin Mat Som (Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan)

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara