Thursday, 22 February 2024

UniSZA TEGUH MEMACU KELESTARIAN! SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI PANTAI TIMUR 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus – Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Terengganu sebagai kemuncak kepada Karnival Lestari Pantai Timur di Dewan Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas mewakili Naib Canselor UniSZA.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu selaku rakan penganjur bagi program pada kali ini.

Bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar pada kali ini, UniSZA bersama-sama rakan penganjur iaitu Jabatan Alam Sekitar dan rakan strategik serta penaja telah menjayakan pelbagai aktiviti kelestarian.

Antaranya adalah program NAKUDAH (Nampak, Kutip & Riadah) bersama komuniti di Pantai Batu Rakit, Program Hijau Bumiku (Penanaman Pokok) di sekitar Tasik UniSZA, Sustainable Fun Walk, Pertandingan Mewarna Pelajar Sekolah Rendah dan Pra-Sekolah sekitar Kuala Nerus, Seminar Kelestarian, Kuiz Kelestarian, Program Kitar Semula, Derma Darah serta Pemeriksaan Kesihatan, Pengujian Percuma Kenderaan Bermotor dan Pameran Agensi.

Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula dan inisiatif penambahbaikan yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini.

Sambutan HASN pada hari yang istimewa ini bertujuan untuk mengajak seluruh masyarakat agar sama-sama meraikan semangat kecintaan kepada alam sekitar.

Selain itu, sambutan pada hari yang spesifik berbanding sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia selama satu minggu sebelum ini adalah lebih mencerminkan kepentingan untuk menjaga alam sekitar setiap masa sepanjang tahun.

Pada majlis ini juga, pihak UniSZA berbesar hati untuk melancarkan Laman Sesawang Lestari UniSZA, Aplikasi UniBus Go dan Polisi Strategik Kampus Hijau yang merupakan salah satu medium mempromosikan agenda kelestarian.

Terima kasih kepada juga rakan penganjur, rakan kerjasama dan rakan penaja serta rakan strategik yang terdiri daripada Arkema Thiochemicals Sdn. Bhd., Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd, PETRONAS Gas Berhad, PETRONAS Technical Training Sdn. Bhd, Blue Archipelago (ISHARP SDN BHD), Venator (M) Sdn. Bhd, Jabatan Strategic Engagement, TNB, CJ BIO Malaysia Sdn. Bhd. (L- Methionine), RD Paper Sdn Bhd, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Tabung Darah HSNZ, KT Wan Recycle dan Geng Plastik Ija (GPI) di atas sokongan dan tajaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara