Thursday, 02 May 2024

1,500 Pengunjung Hadir Memeriahkan Karnival Career, Entrepreneurship and Education Fair 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Lebih 1500 pengunjung telah direkodkan menghadiri karnival Career, Entrepreneurship and Education Fair 2023 yang berlangsung selama dua hari, di Dewan Perdana, UniSZA kampus Gong Badak.

Karnival itu menawarkan 1000 peluang pekerjaan daripada lebih 40 majikan antaranya adalah Affin Bank Berhad, RHB Bank, Warnakala Studios, Ikimie Technology, Gerbang Alaf Restaurants Sdn.Bhd, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan banyak lagi dari pelbagai sektor.
 
Pelbagai acara telah dijalankan antaranya sesi temuduga terbuka, Ceramah Kerjaya melalui platform Metaverse, Klinik Keusahawanan, Briskwalk, Sukan Tradisi, Kelas Mencanting Batik dan Kaligrafi, Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan percuma oleh Hospital Pengajar UniSZA dan pelbagai lagi.

Majlis Perasmian Penutup karnival ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Professor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam.

Pada majlis itu juga, telah berlangsungnya sesi menandatangani dan penyerahan Dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara UniSZA bersama tiga rakan strategik utama bagi membantu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UniSZA iaitu TalentCorp Group, Warnakala Studios dan Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Naib Canselor UniSZA turut menyampaikan Anugerah Keterlibatan Industri (AKI) bagi kategori Keusahawanan kepada Bank Rakyat dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Anugerah Keterlibatan Industri (AKI) kategori Kebolehpasaran Graduan kepada Gleneagles Hospital Kuala Lumpur dan TalentCorp Group.

Manakala, Anugerah Keterlibatan Industri (AKI) kategori Alumni kepada Tembila Agrotech Resources dan True Farm Synergy.

Selain itu, Anugerah Kadar Kebolehpasaran Graduan (GE) 2022 peringkat fakulti juga telah diberikan kepada fakulti yang telah mendapat kadar GE melebihi 95% iaitu Fakulti Informatik Komputeran (FIK), Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (FKI), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Perubatan (FP).

Fakulti Sains Kesihatan (FSK) juga telah dinobatkan sebagai Pemenang Piala Pusingan Anugerah Kadar Kebolehpasaran Graduan Terbaik Keseluruhan.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara