Thursday, 02 May 2024

Jongkong Emas Alumni UniSZA Edisi Terhad

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama KAB Goldynamics Sdn. Bhd. melancarkan Jongkong Emas Alumni UniSZA Edisi Terhad sempena Sambutan Hari Alumni UniSZA 2023, hari ini.

Edisi terhad sebanyak 500 unit ini dilancarkan untuk menjadi koleksi peminat emas yang suka mengumpul emas dalam bentuk edisi terhad dan juga dapat dijadikan kenangan kepada alumni serta warga UniSZA sendiri.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Dato’ Prof Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff, berkata, kerjasama berkenaan bukan sahaja dapat memberi impak positif kepada UniSZA, malah turut membuka ruang kepada semua orang untuk memiliki jongkong emas edisi terhad ini.

“Mungkin jongkong emas ini juga boleh dijadikan hadiah dan honorium bagi fakulti yang mengadakan seminar mahupun program universiti”

“Dan yang menariknya, jongkong emas ini  mempunyai logo UniSZA sendiri  berbanding jongkong emas lain yang dikeluarkan oleh KAB Goldynamics ini,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Alumni UniSZA dan Pelancaran Gold Bar Alumni UniSZA 2023, di Dewan Auditorium Bangunan Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak

Katanya lagi, jongkong emas seberat 0.5 gram yang berrharga RM 190 itu boleh didapati secara dalam talian di laman web KAB Goldynamics dan penghantaran adalah secara pos atau ambil sendiri di KAB Goldynamics.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara