Sunday, 08 December 2024

UniSZA PEROLEH LIMA GERAN PADANAN PROJEK KERJASAMA DENGAN JUST

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Perjanjian Induk Penyelidikan bersama Jordan University of Science and Technology (JUST) secara atas talian, hari ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam berkata, UniSZA telah memperoleh lima geran padanan yang merupakan projek kerjasama antara UniSZA dan JUST yang telah dimohon oleh pihak UniSZA kepada pihak Jordan melalui Education Malaysia Jordan (EMJ).

“Antara bidang yang terlibat dalam kerjasama penyelidikan ini termasuklah Biosumber dan Teknologi Makanan, Farmasi, Informatik dan Komputeran, Perniagaan dan Pengurusan, dan Sains Kesihatan” katanya pada majlis Perjanjian Induk Penyelidikan yang diadakan secara dalam talian.

Katanya lagi, pensyarah dari kedua-dua institusi boleh berfungsi sebagai sumber yang berharga untuk kajian penyelidikan dalam pembangunan sains dan teknologi dan dapat meningkatkan lagi kerjasama dalam penyelidikan terutamanya kerana JUST adalah institusi pendidikan yang berkongsi tumpuan kami terhadap Sains Sosial, Sains Kesihatan, dan Sains Komputer dan sebagainya.

“Melalui kolaborasi penyelidkan ini, kita boleh memanfaatkan kepakaran dan sumber yang ada di UniSZA dan JUST untuk menangani cabaran saintifik yang kompleks. Dengan menggabungkan pengetahuan dan kemahiran kedua-dua pihak, kita dapat meningkatkan kualiti dan kesan hasil penyelidikan yang bagus”

“Usaha kolaborasi penyelidikan antara UniSZA dan JUST boleh membawa kepada penjanaan idea inovatif, kemajuan dalam pengetahuan saintifik, dan penyelesaian praktikal yang memenuhi keperluan masyarakat. Selain itu, kerjasama sedemikian boleh memupuk pertukaran metodologi penyelidikan, amalan terbaik, dan wacana intelektual, yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dan komuniti akademik yang lebih luas,” katanya.

Katanya lagi, UniSZA teruja dengan potensi projek penyelidikan bersama dan menantikan peluang untuk perkongsian pengetahuan, pembinaan kapasiti, dan penubuhan perkongsian penyelidikan jangka panjang bagi menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat.

Bagi pihak UniSZA, Perjanjian Induk Penyelidikan ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Fadzli Adam dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak.

Manakala pihak JUST pula, ditandatangani oleh Naib Presiden, Prof.  Wael Tyfour dan Dekan Penyelidikan, Prof. Tareq L. Mukattash

Majlis itu turut disertai oleh Presiden JUST, Prof. Khalid El-Salem, Pengarah EMJ, Profesor Madya Dr. Radzwan Ab Rashid, Pendaftar UniSZA, Encik Muzafar Mohd Din, Bendahari, Encik Suhaili Mohd, Pengarah CCoRM, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany dan Pengarah CREIM, Prof. Ts. Dr. Mokhairi Makhtar

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara