Monday, 27 May 2024

Bila Bulan dan Zuhrah bertemu! Dokumentasi Keindahan fenomena penghijaban (occultation) Planet Zuhrah dengan Bulan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Merang :  Program cerapan fenomena penghijaban (occultation) planet Zuhrah dengan Bulan pada 24 Mac 2023 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Pejabat Mufti Terengganu dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA dengan Kerjasama Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Falak Online.

Imej penghijaban Planet Zuhrah (Venus) telah berjaya dirakam di Balai Cerap KUSZA pada 24 Mac 2023 selepas waktu maghrib. Bulan melintasi hadapan planet Zuhrah menyebabkan sebahagian jasad daripada planet tersebut terhijab untuk beberapa minit. Fenomena ini hanya dapat dilihat di beberapa kawasan sahaja di Malaysia dan Balai Cerap KUSZA adalah antara salah satu lokasinya.

Foto cerapan fenomena penghijaban (occultation) planet Zuhrah dengan Bulan oleh staf UniSZA ini juga telah ditularkan dan dikongsi bersama pihak media luar untuk tatapan umum.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara