Wednesday, 24 April 2024

Rezeki Ramadan Buat Pelajar UniSZA Luar Kampus

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: “Alhamdulillah, ini rezeki Ramadan tahun ini dan terima kasih buat pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas bantuan yang diberikan ini”, kata Nur Nabilah Rahimi, 21, yang merupakan antara 50 penerima bantuan Bakul Rahmah UniSZA yang menginap di luar kampus dan sebahagian penerima juga adalah pelajar yang rumah sewanya terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Nabilah yang mewakili rakan serumahnya berkata, dengan bantuan bakul rahmah itu dapat mereka menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka sepanjang bulan Ramadan.

“Bantuan yang diterima ini juga dapat menampung perbelanjaan kami dan kami sangat bersyukur atas pemberian yang sangat bermakna ini,” katanya.

Sementara itu Mohd Zaid Irfan Zahari, 21, berkata bantuan Bakul Rahmah yang diterimanya itu tepat pada waktunya kerana dia dan dan rakan serumah tidak perlu bersusah payah mencari bahan mentah untuk stok di bulan Ramadan

“Saya dimaklumkan menerima bantuan Bakul Rahmah ini semalam (kelmarin) dan sangat gembira kerana ia meringankan beban kami terutama pada bulan mulia ini”, katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bakul Rahmah kepada Pelajar UniSZA Luar Kampus dan Majlis Berbuka Puasa.

Seramai 1,000 orang pelajar UniSZA hadir berbuka puasa bersama Pengurusan Universiti bertempat di perkarangan Masjid UniSZA bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pengurusan Universiti bersama pelajar.

Pusat Islam UniSZA juga telah menyediakan juadah berbuka puasa kepada pelajar sebanyak 1,000 pek setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Penyampaian telah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam, diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Menjalankan Fungsi Pendaftar, Encik Muzafar Mohd Din, Bendahari, Encik Suhaili Mohd, Penasihat Undang-Undang, Encik Mohd Fuad bin Husaini dan Pengarah UniSZA Kampus Besut, Profesor Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab.

Kos setiap bakul berjumlah RM 100.00 dengan 14 senarai barang di dalam antaranya 2 kg minyak masak, tepung gandum, susu pekat, sardin, kicap manis, bihun, kopi, 10 kg beras, sos cili, teh uncang, gula, garam halus, mi segera dan biskut itu disumbangkan oleh Yayasan Yara dan Mawaddah Food Bank UniSZA.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara