Thursday, 25 April 2024

UniSZA realisasi hasrat wujud kerjasama antara Quran Teacher Academy, Kuwait

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai  Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Quran Teacher Academy, Kuwait bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.

UniSZA yang diwakili oleh Fakulti Kontemporari Islam bakal menjalankan kolaborasi dalam bentuk pertukaran Program pertukaran pelajar/staf akademik; Penyelidikan bersama; Penganjuran seminar/webinar bersama; Pertukaran maklumat, penerbitan, laporan dan lain-lain perihal akademik; Program latihan bersama; Penerbitan bersama; Penganugerahan sijil penyertaan kepada pelajar Quran Teacher Academy dalam kursus jangka pendek; dan Sebarang bentuk kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah pihak atau mana-mana Kerjasama lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Bagi pihak UniSZA, MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa)

Bagi pihak Quran Teacher Academy pula, MoU tersebut ditandatangani oleh YBrs. Prof. Ahmed Essa Almasarawi (Ketua Pengarah) dan YBrs. Waleed Al Kandari (Timbalan Pengarah).

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan), Encik Suhaili bin Mohd (Bendahari UniSZA), YBhg. Encik Muzafar bin Mohd Din (Menjalankan Fungsi Pendaftar UniSZA, YBrs. Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi (Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA), Timbalan – timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemprari Islam UniSZA, para pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA dan Quran Teacher Academy.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara