Wednesday, 24 April 2024

4 Mahasiswa UniSZA raih Anugerah Exceed23 Industrial Design Degree Show

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Bukit Jalil – Penganjuran Program Exceed23 Industrial Design Degree Show yang berlangsung dari 14-16 Februari 2023 merupakan satu platform pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT) mempamerkan reka bentuk produk inovasi rekaan pelajar.
Dengan tema reka bentuk futuristik dan lestari, pameran kali ini julung kali diadakan di Bukit Jalil dengan sokongan rakan strategik MOSTI dan MRANTI. Program inovasi ini adalah selari dengan pelan strategik UniSZA yang turut memberikan fokus kepada pendigitalan dan kelestarian universiti. Sebanyak 62 produk reka bentuk pelajar dipamerkan dalam bentuk fizikal dan virtual.

Pameran ini juga bertujuan mempromosikan hasil karya pelajar UniSZA kepada sasaran pengunjung seperti penggiat industri , pemilik syarikat dan pencari bakat dalam sesi temuduga dengan pelajar yang turut dijalankan. Program disambut meriah dengan kehadiran dan kerjasama daripada rakan strategik seperti MOSTI,MIMOS, Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA), Malaysian Timber Industry Board (MTIB), universiti awam dan swasta dan ramai lagi.
Pameran Exceed23 secara virtual turut berlangsung dan pengunjung dapat merasai pengalaman berkunjung dalam pameran dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) di reruai yang telah dibangunkan khas bagi mempamerkan hasil karya pelajar. Selain itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya pameran reka bentuk , Design Talk , gerai jualan merchandise Exceed23 , 3D printing booth dan banyak lagi.
S
Majlis penutup program ini diadakan pada 16 Februari dan disempurnakan oleh oleh YBrs. Puan Ruziah Shafei (Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor UniSZA).

Turut hadir adalah YBrs. Encik Khalid Yashaiya (Chief Strategy Officer, MRANTI) diiringi oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (TNC HEPA),rakan strategik program YBrs. Encik Zafri Merican (Presiden PEREKA),pengurusan tertinggi UniSZA, rakan-rakan industri,wakil universiti awam dan swasta dan ramai lagi.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara