Wednesday, 04 December 2024

UniSZA realisasi hasrat wujud kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang farmasi bersama Alpro Pharmacy Sdn. Bhd.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Kuala Nerus, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Alpro Pharmacy Sdn. Bhd. bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.
UniSZA yang diwakili oleh Fakulti Farmasi bakal menjalankan kolaborasi dalam bentuk kerjasama akademik, penyelidikan dan pembangunan, pembangunan pelajar dan staf, perkongsian maklumat dan kemudahan serta penganjuran aktiviti dalam bidang farmasi bersama pihak Alpro Pharmacy Sdn. Bhd.

Bagi pihak UniSZA, MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa).

Bagi pihak Alpro Pharmacy Sdn. Bhd. pula, MoU tersebut ditandatangani oleh YBrs. Puan Chong Pay Yi (Pengurus Sumber Manusia) dan YBrs. Encik Lee Zhi Yong (Pengurus Cawangan).

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar UniSZA), YBrs. Encik Suhaili bin Mohd (Bendahari UniSZA), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA), YBrs.

Prof. Dr. Lua Pei Lin (Dekan Fakulti Farmasi UniSZA), Timbalan – timbalan Dekan Fakulti Farmasi UniSZA, para pegawai UniSZA dan Alpro Pharmacy Sdn. Bhd.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara