UniSZA terima kunjungan hormat daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Kuala Nerus, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertempat di Bangunan Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini.

Delegasi MyIPO yang diketuai oleh Ketua Pengarah iaitu YBrs. Tuan Abdul Haris bin Haji Lakar dan telah disambut mesra oleh YBrs. Prof. Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud (Penolong Naib Canselor Strategik dan Penarafan merangkap Pengarah CeNTTM UniSZA).

Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk menjalin kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pengurusan harta intelek, berbincang berkenaan peluang kolaborasi bagi penganjuran program-program harta intelek serta menguar-uarkan program yang dirancang MyIPO sempena Hari Harta Intelek Sedunia pada tahun ini.