Friday, 29 March 2024

UniSZA lakukan kunjungan hormat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
17 Februari 2023, Putrajaya. Delegasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.
Kunjungan hormat daripada pihak UniSZA telah disambut mesra oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Beliau juga merupakan alumni pelajar UniSZA dalam bidang Diploma Pengajian Islam (Syariah) sewaktu UniSZA masih dikenali sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1988.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan tentang penganjuran bersama program-program pembangunan pelajar serta kerjasama yang boleh diwujudkan antara UniSZA dan JAKIM dalam bidang-bidang berkaitan yang berpotensi tinggi.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini adalah Tuan Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman (Pengarah Pusat Alumni UniSZA), Encik Mohd Sayuti bin Yahya (Pengarah Pusat Islam UniSZA) serta para pegawai daripada kedua-dua pihak.

 

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara